Friday, March 28, 2014

Jika tuhan izin.

Saya dah tetapkan.
Ini cubaan terakhir.
Tapi ini bukan peluang terakhir.

Bukan niat untuk berharap,
lagi tak terlintas untuk melepas.

Kalau saya diberi pilihan untuk berfoya,
Banyak pilihan diluar sana,
Saya pilih untuk tidak,
Dan saya juga pilih untuk berdiri menunggu,
Dengan setia.

Saya benar-benar tidak harap Fatheen jadi milik saya,
Siapa saya untuk lawan ketentuan tuhan?

Ini bukan kisah jodoh,
Ini kisah kesabaran.
Ini kisah pendirian.
Ini kisah yang aku cuba bina.

Rumah tetap berdiri tanpa tangga,
tapi tanpa setia tiada rumah tangga.

Saya bukan calon yang kukuh,
Dan awak juga,
Tapi kenapa saya masih ada hati, 
Berkali sudah ku tanya tuhan.

Tuhan bagi setia.
Ok.

Saya langsung tak risau bertepuk sebelah tangan,
Kalau kahwin kita bukan main tepuk-tepuk,
Tapi genggaman agar ikatan kan kukuh.

Satu yang aku pinta,
Sedarlah saya ni tiada hasrat berlumba,
Best man wins it bullshit.

Saya tak harap awak kan tunggu, dan saya tiada hasrat untuk pergi.

Jadilah itulah kisahnya.